Terima Kasih Sudi Like

Monday, May 20, 2013

Air Tour with Subang Skypark

www.tips-fb.com

Salam

Kalau sebelum ni aku cerita pasal #TSDayOut yang dianjurkan Tourism Selangor tu, kali ni aku ceritakan apa yang kitaorang buat sepanjang hari dekat Skypark Subang tu, dah cakap nak buat entry details, nah amek kawww~ gigihla buat entri satu-satu macam asignment babe ! waa peninggggg gila study pasal ni tau, khas untuk korang yang nak tau pasal Subang Skypark ni. Aku dah rasa macam aku study nak exam form 5 dulu -.='


Skypark Subang ni kalau dulu dinamakan terminal 3 atau domestik terminal. Hanya terdapat 2 sahaja kapal terbang iaitu Firefly dan Berjaya Air yang mendarat di Skypark Subang ni, dan kebanyakkannya terdiri daripada pesawat yang berkipas jerk.Mungkin ada yang perasan dekat KLIA pun ada jugak kapal terbang Firefly tapi itu untuk penerbangan khas atau pun disewa. Kira macam penumpangnya VVIP la gitu~orang lain xboleh naik.


Ini Encik Rusdi,beliau adalah pengurus firefly di sebuah syarikat terminal yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal-hal operasi bermula dari pembelian tiket secara online atau walk in centre.






Oke ini adalah pusat penjualan tiket kalau korang naik dari Skypark Subang, Nampak ada Air Asia centre kan, tapi kat Skypark Subang ni hanya pernjualan tiket sahaja tapi korang kena naik dekat LCCT jugak.  


Terdapat 13 kaunter di Skypark Subang ni, tapi xsemualah dibuka cuma kalau tengok ramai orang beratur panjang diaorang bukaklah supaya penumpang tak tunggu lama nak check in tu.

kemudian kami dibawa ke Flight Operation Centre dimana kakitangan, pilot dan pramugara/pramugari semua lapor diri. Ikutkan kalau bukan staff tak dibenarkan masuk tapi oleh kerana kami ni special sikit sebab under Tourism Selangor pada hari tu so kami berpeluang melihat pejabat diaorang heee~~~





Kakitangan yang bertugas kat sini kena memastikan kapal yang terbang tidak tersasar, kena sentiasa berkomunikasi dan bertugas sebagai controller memastikan penerbangan dalam keadaan baik, kena pantau keadaan cuaca.




Sekarang kita orang nak pergi ke Balai Perlepasan Antarabangsa & Domestik, yok korang !


Nampak tak line kuning tu, line tu macam anak panah la untuk korang menuju ke Balai Perlepasan, line tu memudahkan koranglah, takdelah korang sesat mana-mana.


Take note korang kalau menggunakan perkhidmatan Firefly Airlines ye.


Haaa. kat sini kan ada disediakan kaunter teksi tau, so xpayah serabut-serabut pikir nak balik rumah naik apa kalau takde orang yang pick up, pilih jerk nak mana nak yang budget nak executive semua ada.Dalam Skypark ni pun korang boleh shooping tau kalau rasa duit tu banyak dan tak tahu nak buat apalah heee~~~

Banyak lagi sebenarnya kemudahan yang ada dekat Skypark Subang ni contohnya mesin ATM, perkhidmatan hospital,  jangan tak tau pos Malaysia pun ada tau. Money Charger, tempat parking kereta ,sistem Wifi dan lain-lain.

Aku dah cakap kalau nak terangkan satu persatu memang takkan habes betul tak tipu T_________T. Apa kata korang buat senaman tangan dengan klik FB Skypark Subang ni, kat situ macam-macam ada.Alaaaa senaman sikit je kan, bukan susah mana pun :p


Facebook

Website

Adress Skypark Subang
SkyPark Terminal Sdn. Bhd.
M17, SkyPark Subang Terminal 
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
47200 Subang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel.: 603-7845 1717
Fax: 603-7845 2727

Next entry pasal Firefly Airlines pulak :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 comments:

ameris said... Click To Reply!

mila;akak betulkan skit. line kuning tu guide utk orang buta.org biasa pun bole...

nadia farahida said... Click To Reply!

kak ameris, line kuning tu memang untuk memudahkan pengguna yang nak ke balai berlepas. follow the colour to make more easier. bukan khusus utk orang buta je. :)

Rosmiza Ali said... Click To Reply!

specialnya, siap boleh masuk tempat staff dorang bekerja lagi.. Best2! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...