Terima Kasih Sudi Like

Thursday, April 25, 2013

Rahsia Lelaki di Bilik Air

www.tips-fb.com

Salam



Shhhh...hei korang aku ada satu rahsia ni nak kongsi, bila kita sharing kan rasa is caring ye dak ? cerita ni berkenaan RAHSIA LELAKI DI BILIK AIR, hahaha....suspen tak ? suspen tak ? benda ni macam fakta tapi adalah orang Belanda tu cc : yaya, xberapa suka kalau aku cerita fakta-fakta ni sebab dia kata aku macam fake sangat ! nak skema bagai padahal aku ni sengal ubi kentang kuasa dua. So aku olah sedikit ikut versi sendiri tapi masih mengekalkan point-point penting gitu..... gigih kaw ~~

Korang rasa antara lelaki dan perempuan mana paling lama duduk dalam bilik air?

Yes ! mesti ramai yang cakap *especially lelaki* kaum perempuan yang paling lama duduk dalam bilik air. Kalau ada kaum lelaki mandi lama dalam bilik air mesti ada  suara-suara sumbang cakap :

"Hoi, lamanya ko mandi macam perempuan abes suma nak belek !"

Tapi pernah tak korang terpikir *especially perempuan* apalah yang lelaki buat lama-lama  dalam bilik air tu.

Haaaa...aku terpikir sebab tu aku gigih cari fakta kenapa, mengapa dan bagaimana lelaki ni boleh lama dalam bilik air, sebabnya ? sebabnye kadang-kadang laki aku ni pun berejam duk dalam bilik air tidur ke mengemas ke tak tahulah kan. eh jap ! jap ! nak say HII !!! kat laki aku,  laki aku tengah baca entry ni kang dia sentap pulak aku bukak rahsia dia hikhikhik... Meh baca antara RAHSIA LELAKI DI BILIK AIR

Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu. Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Namun, bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Ia bergantung kepada individu. - oke, paham dah kenapa laki aku mandi lama-lama, tapi kadang-kadang dia mandi kerbau jugak hihi....

Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika 'melepaskan hajat'. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri. - haaaa..yang ni macam laki aku tak buat sebab setiap kali kalau dia masuk tandas memang takde bawak apa-apa bahan bacaan mungkin dia fokus terhadap proses bahan buangan hahaha....

Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita. - Kalau berfikir tu aku tak tahulah kan sebab dia takde pulak cakap lepas ke toilet dia cakap apa-apa dengan aku. contoh macam ni " yang, tadi masa tengah u'uk abang teringat sesuatulah so nakk bagitahu sayang ni ! " tapi aku rasa bila masuk tandas tu nak lama-lama sebab nama komersial pun 'bilik termenung' tu pasal la asal masuk je kena lama-lama sebab nak termenung. termenung kena lama mana boleh kejap tak feel beb ! haha....

Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga mandi. -yang ni memg aku setuju, laki aku bercukur bukan kat bilik air tapi kat meja solek kuikuikui...dalam bilik air dahla lama pastu sambung belek muka kat meja solek dah jatuh setengah jam tu huhuhu...

Jadi selepas ini jangan anda berasa hairan jika suami atau adik beradik lelaki anda lama ketika menggunakan bilik air.- oke fine sekarang aku tak pelik dah, semua dah jelas hihihihi....


http://kartikel.com/news/71405/rahsia-lelaki-di-bilik-air
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

16 comments:

Z.U.E said... Click To Reply!

laki ai pun berejam dok dalam bilik air.. kadang kadang curios ape je buat lama-lama dlm tu

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum kak mila. hahaha. kantoi abg mcdee! ahhahahahhaha. ;p

Kekzamanis said... Click To Reply!

Laki kite dalam 5 - 10 minit je duk dalam bilik ari.. Hehe..

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

zul kalau lama2 dalam bilik air, kompom die tengah berak takpon dia cuci toilett...
hahahaahah

Mohd Diah Mcdee Abdullah said... Click To Reply!

pengakuan berani mati: kalau tinja itu sudah berada di 'pintu keluar', maka pantaslah saya menggunakan bilik air. kalau pagi2 itu lama 'termenung'nya, itu kerana pergerakan tinja dari perut ke 'pintu keluar' amat lembab sehingga tertidur kadang2. jangan marah ye isteriku~ hehehe

Ratu Hatiku said... Click To Reply!

hubby akk pun suka mandi lama2 pastu kalau bersiap mengalahkan org pempuan... fuhh....tension kdg tggu...

Mimie said... Click To Reply!

nice sharing mila...bru akak tau knp laki lame dlm bilik mandi

::EIDA:: said... Click To Reply!

kahkahkahhh.. mcdeee balas.. hahahhaa... korang ni lawak tau! ;)

Ammelia said... Click To Reply!

hehehe..menarik2. ^^

Unknown said... Click To Reply!

Huby firda lama juga dok dlm bilik ayak, baru la tahu knp ye..thanks for sharing =)

Fifi Nadhrah said... Click To Reply!

suami fifi pon lame dalam bilik air.. tetambah pepagi.. sebab tu kalau bangun pagi suami akan bangun dulu dari fifi.. hihi..

syafiqa said... Click To Reply!

kehkeh. da tauu :p

Zana Adieyza said... Click To Reply!

hikhikhik.. gelak2 baca entry ni..

En.Adiey akk tu selalu mandi lama.. kadang2 naik heran apa yg dia buat lama sgt dlm tu.. hahaha.. now dh jelas..

Unknown said... Click To Reply!

he3... mcm betul jer......

Anonymous said... Click To Reply!

memg btol ape yg cik mila kata kan..wlaupon saya umur belasan thon..itu yg saya slalu buat dlm tndas..hihi.membaca je tak..

Anonymous said... Click To Reply!

Betol betol.... ����

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...