Terima Kasih Sudi Like

Thursday, March 28, 2013

Wahai insan-insan sekalian

www.tips-fb.com


Alhamdulillah semakin diuji, semakin aku dilimpahi rezeki, semoga rezeki-rezeki ini berpanjangan 
dan tidak akan putus amin :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, March 27, 2013

Melaka - Part 6

www.tips-fb.com

Salam

Lemaunya nak update entry, tapi aku gagahkan jugak menulis, percutian ke Melaka perlu dihabiskan sebelum percutian kedua nanti !,next holiday yeay !  ini bukan honeymoon vacation ye tapi lebih kepada holiday with geng sekepala, mari berlibur sampai pitammmm ye kengkawan ~~~

Lepas naik Menara Taming Sari, kami ke Muzium Samudera pulak, nak masuk sana dikenakan tiket sebanyak RM3,00 satu kepala. Before masuk pun ada sesi bergambar untuk jadi kenangan la kengkonon, aku beli walaupun harga dia cekik darah ! Faktor utama beli nak tunjuk kat anak cucu yang kami pernah pergi ini tempat kihkihkihkih...


Gambar bersama kenderaan yang baru dibeli oleh kami berdua besar tak ? haha.....




Bagi yang meminati sejarah dan ingin mengetahui apa-apa sahaja berkenaan dengan Kesultanan Melayu Melaka aku galakkan korang pergi Muzium ni, segala input dan output boleh didapati disini, berjam- jam jugakla aku dan suami duduk kat sini, aku tangkap gambar, suami aku gigih baca satu persatu tokoh-tokoh terkenal pada zaman dahulu. Kalau aku tak paham aku refer pada encik suami jerk .

Seharian kami berjalan sahaja ke tempat bersejarah, series penat tapi best wey, banyak pengetahuan dapat !

Next entry ke Gereja St Paul pulak.






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, March 21, 2013

Bahagiakan isteri dengan ciuman wahai para suami

www.tips-fb.com

Photo: Suka cium dahi isteri……..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri……...suami yang penyayang.
Suka cium telinga isteri….suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri……suami yang penyabar. 
Suka cium buah dada isteri……suami yang suka bermanja.
Suka cium punggung isteri……suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri…… .suami yang terlalu menghormat isteri. 

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri…… suami yang mementingkan diri.

DAN
YANG
TERAKHIR

Suka cium seluruh bahagian badan isteri……..SUAMI YANG BARU BALIK DARI OUTSTATION !!!

Bahagiakan Isteri Anda : http://living-vitality.biz

Suka cium dahi isteri……..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri……...suami yang penyayang.
Suka cium telinga isteri….suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri……suami yang penyabar. 
Suka cium buah dada isteri……suami yang suka bermanja.
Suka cium punggung isteri……suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri…… .suami yang terlalu menghormat isteri.

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri…… suami yang mementingkan diri.

DAN
YANG
TERAKHIR

Suka cium seluruh bahagian badan isteri……..SUAMI YANG BARU BALIK DARI OUTSTATION !!!


sape pernah pakai produk CLARINS ? Muka jadi gebu dan halus ke ?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Note 2 dapat baju baru

www.tips-fb.com

Salam


Jangan fokus pada gambar sekeliling, sila fokus yang pinky-pinky tu ye. biasalah gambar 'klise' kat dalam toilet kihkihkihkih. Kebetulan tudung sama dengan baju baru Note 2 aku. 

Mesti nak kata aku minat pink kan ? oh tidak oke ! acely warna pink bukanlah warna kegemaran tapi biasalah sesungguhnya pink dan perempuan tidak dapat dipisahkan lagi -.=' . Hei korang nak tanya ni cantik ke tidak casing baru i nie ???


Aku tau mesti ada yang nak tanya aku beli kat mane kan ? kan ? Dengan rasa baik hatinya aku nak bagitahu aku beli secara online dekat instagram, nak bagi link aku tak tahu macamane nak paste hahaha..boleh gitu bengong ! dush dush dush tapi gigih bagitau korang baik tak aku ?

Nama di instagram THELOLAA aku tak pasti sama ada diaowang ni ada facebook ke tak, kalau korang nak tengok design lain follow lah instagram diaowang ye :)

Diaowang boleh buat design yang kita nak tau.


Dah ada yang baru yang lama jangan buang simpan elok-elok nanti boleh tukar-tukar pakai ye dak ? Oke skank jam menunjukkan 1030 pagi, nak start keje dah, erk ? baru nak start keje ko nie, gila ah ! masuk 8.30 pagi start keje 10.30 pagi memg pekerja terbaik ! haha ... k bai.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, March 20, 2013

Jep Sepah Fans Club

www.tips-fb.com

Salam





Semalam bila aku up entry pasal rakaman Karoot Komedia X Musim 2 adalah yang tanya macamane nak jadi fan club Jep Sepahtu, so gigihla aku tanya kepada yang arif iaitu adik aku, 

Korang just like page Jep Sepah Fans Club, kat pages tu segala aktiviti Jep Sepahtu akan diupdate, sekiranya beliau ada buat rakaman ke, lakonan ke,sesi bertemu peminat ke, korang bolehlah terjah kalau nak jumpa Jep ye.

Oke ni je aku dapat tolong k.bai :)


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, March 19, 2013

Karoot Komedia X Musim 2

www.tips-fb.com

Salam

Sabtu malam ahad aku, encik suami, abang aku dan bakal kakak ipar serta adik 'bertuah' ni pergi tengok rakaman Karoot Komedia X Musim  2 dekat Astro Bukit Jalil. 

Macamane nak masuk atau nak menyaksikan rakaman ni, jangan tanya aku tau ! haha ... pasal aku tak tahu, ni semua angkara adik 'bertuah' aku yang sangat meminati abang kesayangan beliau tu si Jep Sepahtu, so sebagai akak yang mithali lagi penyayang hak tuiiiiii merealisasikan impian beliau.


Nilaaaa adik 'bertuah' aku bersama artis kesayangan beliau. haii lah kauuuu untunglah dapat bergambar dengan abang jepppp

Kitaorang pergi ni under fan club Jep Sepahtu, sebab adik aku tergolong fan club tuuuu, so beliau heretla akak-akak dan abang-abang nya pergi secara berjemaah kalau tak jangan harap dapat pergi tapi kalau korang pun nak pergi korang boleh tengok iklan kat tv channel mustika 132  syarat-syarat untuk menyaksikan rakaman karoot komedia X nieee...rakaman ni berlangsung dari 15 MAC sehingga 22 MAC.




Masa ni baru nak mula rakaman sempatlah nak tangkap gambar lepas tu kami semua tidak dibenarkan menangkap gambar sebab gambar-gambar sepanjang rakaman adalah hak cipta terpelihara, makanya ini sahaja yang dapat ditunjukkan pada korang semua. Gigih tau bersila nak duduk depan punya pasal u olsssss selama 2 jam lebih sampai sakit-sakit kaki aku, masa datang jalan tegak nak balik jalan bengkok dah kaki aku ape pun tak boleh grrr....


Gambar peminat bersama Jep Sepahtu selepas selesai rakaman, tak nampak kan gambar aku ? sebab aku memang takde dalam ini gambar haha...Aku takdelah fanatik sangat so takpe beri peluang pada budak-budak ni ...

Aku cuma bergambar dengan kekasih dunia akhirat aku sahaja, itu je yang mampu * sadisnya bunyi * kihkihkihkih .....

Photo: Sibuk semua orang nak begambar dgn jep sepahtu,kami #rilex je gmbar berdua kihkihkih....

Selepas kahwin aku cuma fanatik kat dia ni jerk hahaha ......


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, March 18, 2013

Lawak Ke Der 2 memang best !

www.tips-fb.com

Salam


Heiiii korang dah tengok Lawak Ke Der 2  ke ? Kalau belum pegilah tengok best tau sumpah tak tipu, kelakar beb waaa tengok sampai kering anak tekak gelak mengekek tak henggattt~

Orang belakang aku sampai naik 'sheikh' mengekeknya tak nak  nak berhenti, aku dah risau dah kot tercekik halkum sendiri naya jerk !. Tapi series Lawak Ke Der 2 memang tak menghampakan, semua barisan pelawak memg best gilaaaaa kata kaw ~~~

Aku sarankan sebelum tengok cerita ni korang kencing sesiap, bukan apa kang takut tetiba basah je seat panggung tu karang muahahaha....


Pop corn wajib ada masa movie ~

talk to my hand : Kekal cantik bersama Clarins

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, March 16, 2013

Melaka - Part 5

www.tips-fb.com

Salam

Setelah sekian lama tergendala cerita pasal percutian melaka hari tu, ni aku sambung balik ye. Last entry hari tu adalah entry ini. Balik dari pantai tanjung kling tu kami terus ke Menara Taming Sari, aku kan jakun nak naik benda berpusing kat Menara tu., dah alang-alang sampai Melaka mesti nak rasa nanti idak ler jakun sangat ye dak ???

Harga yang dikenakan bagi seorang individu yang nak naik benda ni adalah RM10 bagi warganegara yang mempunyai ic biru, ic merah, kelabu atau hijau aku tak tahu ye harganya huhuhu....

Sebelum naik ada sesi bergambar tau, mane tau nanti lepas naik korang teringin nak ada gambar kenangan so boleh beli di kaunter pembayaran selepas selesai menaiki Taming Sari nie, tapi diingatkan harga pada setiap size gambar berbeza dan bagi aku harganya sangat mahal kot ! Ingt 2x lupa dah aku harganya RM25-RM30 sekeping  rasanya kot -.=' *sorry tak igt beb !


Kami dibawa melihat keindahan bandar Melaka di atas tu selama 7 minit, berpusing-pusinglah kami di atas tu. Ko nak tau satu rahsia selama 7 minit aku berada kat atas tu aku rasa dah macam 7 jam, seyes giler ah ! rupa-rupanya aku fobia pada ketinggian beb, pegang peha laki aku kuat-kuat sebab aku rasa macam nak terhempas benda tu xmampu nak bergerak dan berdiri takut dan cuak weyyy~~~

Tapi memang bestlah dapat lihat bandar Melaka dari atas, memang cantik view dari atas.

Next kami ke Muzium Samudera pulak ! tunggu yaaaa...

entri sebelumnya : -








♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, March 15, 2013

Fiske Steakhouse AU2

www.tips-fb.com

Salam

Semalam besday encik suami, disebabkan jatuh pada hari bekerja jadi kami plan untuk dinner bersama di Fiske Steakhouse AU2. Tak jauh pun dari rumah aku kira-kira 10 minit kalau naik kenderaan


Tak pasti pulak aku perniagaan ni bermula jam berapa sampai jam berapa, takde pulak mention perniagaan tutup hari apa tapi kalau korang nak details mengenai menu kat sini kol je no yang tertera kat signboard tu ye. Kalau malam korang nak datang aku syorkan sangat-sangat pergi awal sedikit dalam jam 8.00 malam ke, sebabnya kalau korang lewat confirm penuh !, restoran ni selalu penuh tau dengan customer



Antara menu yang disediakan, harga not badlah sebab makanan ala-ala western kan ?


Inilah menu yang kami order special chicken chop (grill), setiap satu berharga RM14.00.


Mushroom soup tu sedap babe ! makan bersama garlic bread harga RM3.90, last sekali sebagai pencuci mulut kami order dessert bread butter puding with cremel sauce and vanilla ice cream yang berharga RM6.50, dessert ni manis giler boleh kencing manis dibuatnya tapi sedap cuma tak boleh makan banyak-banyak.

Hope besday boy gembira la ye dinner bersama isteri tercintaaaaaa :p

Takde hadiah pun cuma ucapan dan makan malam ni saja yang bininya dapat beri sebab bulan depan dan bulan 6 kita akan berjalan sakan secara berjemaah so kena jimat cermat ye wahai encik suami tak kesah kan  ???? * pasrah suami terhadap isterinya *


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, March 14, 2013

Power Bank, kelebihan dan kekurangannya.

www.tips-fb.com


Salam

Boleh dikatakan hampir semua orang yang menggunakan handfon canggih manggih ni kena cas handfon memasing tiap-tiap hari betul tak ? Yelaaaa mana taknya kalau dah setiap masa setiap saat dok update muka buku, instagram la, twitter dan blog. Adakah anda setuju dengan cakap saya? oke angguk kepala sekarang !

Samalah macam aku, baru cas malam semalam malam tadi kena charge lagiiiii, * jenis paling malas charge hp -.='*. Bila charge tu takkan ko nak melanguk depan hp tu sampai 24 jam, abes keje lain tak buat. Makanya Power Bank adalah penyelamat korang untuk terus mengadap sampai juling tapir kt hp korang tu ye. Suka tak ? Masih ada yang tak tahu apa itu Power Bank ? meh aku terangkan, eh tak aku copy paste jerk -.='




Power Bank adalah bateri / charger yang portable, dengan universal adaptor boleh dipasang ke USB, gadget dan berbagai macam jenis smartphone, Maka Power Bank boleh digunakan secara umum untuk charge pelbagai jenis device, tidak terbatas pada BlackBerry saja.

Power Bank juga disediakan dengan kapasiti tinggi untuk tahan lama dan boleh charge banyak device,

Antara kelebihannya:

High Power: Biasanya boleh pilih yang hi-power, maH atau power yang lebih tinggi daripada bateri Original,
Value / Harga bersaing: Harga mungkin sama atau mahal sedikit daripada bateri Original BlackBerry  (bergantung kepada jenis BlackBerry) tetapi power yang diperolehi mungkin lebih tinggi.
Universal: boleh charge alat atau Smartphones lain selain BlackBerry. Boleh digunakan untuk charge fon yang berlainan sekali gus dalam satu nasa yang sama.

Antara kekurangannya :

Lebih tebal, berat.
Harus menggunakan kabel USB.
Harus di connect untuk charge jadi bila nak guna fon tu kena bawak bersama Power Bank ni

eh, abang misai ni nyanyi lagu "Jerypah" laaaaa...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday- BE Nuffnang

www.tips-fb.com


Alhamdulillah,  satu BE melekat lagi !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Pesanan Ringkas yang buat aku sebak :'((

www.tips-fb.com

Salam


SMS antara mak dan aku, alaaaaa sedihnya baca perihal adik aku sorang tu pasal besday dia pada 16 Mac ni, nak jugak celebrate tapi dia kat kampung aku ni bekerja di bandar -.='

Takpe ye alip nanti alip datang sini along, kak ngah, kak uda, kak cik bagi hadiah sorang satu kat alip pastu kita celebrate hari jadi alip dengan mak sekali ye oke syg !


Nilah budaknya yang bakal menginjak ke usia 10 tahun pada 16 Mac 2013

Mak cakap hari-hari alip dok tengok tabungnya bila nak penuh sebab nak beli jajan nak bagi kengkawan masa besdaynya haiiiii,, sebaklah dada ni dengar :'((. Nak packing jajan macam kak ngah kawin haritu lagilahhh sayu aku dengarrrr...

 3 orang yang aku sayang sambut besday bulan nie, iaitu 14.03 encik suami 16.03 adik aku dan 18.03 mak aku,berderet-deret kawwww~~~ pitammmmm T_____T

talk to my hand : Berita Terkini, isu di Lahad Datu


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, March 11, 2013

Renungan buat insan bergelar isteri

www.tips-fb.com

Assalamualaikum.

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia. Si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami." 

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. Menjadi seorang isteri,kepada insan yang disayangi adalah idaman setiap wanita.

Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi. Aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah. 

Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ?Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. " 

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya

Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya. Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar 
kembali ke alam nyata. 

"Ain baru saja masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ?" ujarku. 

"Haah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib
sama-sama ye ? "

Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalakudengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya. 

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku. 

"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain.Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu. 

“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya." 

“Insya Allah abang....Ain sayangkan abang.”

“Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.'' 

Dengan telekung yang masih tersarung. Aku tenggelam dalam pelukan suamiku. Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar.

Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku.Membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi isteri yang menyejukkan hati suami? 

Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya
senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami. 

‘Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang,apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.’ 

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali. Aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun. Aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. 

Ya Allah. Aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

‘Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.’ 

Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya.Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami. 

Namun,pada suatu hari. Aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak pernah ku duga. 

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?"tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. 

`' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. 

Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu? 

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka. 

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. 

Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya. 

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"Aa.....Abang.....nak kahwin lagi?" 

Aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. 

“ Dengan siapa abang?” Aku bertanya. 

Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini. 

“Faizah. Ain kenal dia, kan ?” 

Ya. Aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah. 

“Aa....Abang......Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar.
Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi." 

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhaku untuk berkahwin lebih dari satu.”

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku.Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan. Aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya! 

Selama seminggu. Aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar.

Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku saying suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu. Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ? Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini.

Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini. Aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata. Aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi.

Aku benar-benar terluka. Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. 

Aku keliru Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi? 

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam,aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. 

Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku. Aku rela Ya Allah. Aku rela. Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin.Bukankah aku telah berazam. Aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku? 

Dengan hati yang tercalar seguris luka. Aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini. Aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah.Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. 

Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka.Pedih,tetapi cepat sembuhnya. Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah dating ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku. 

“ Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan,” setelah aku merasakan cukup kuat. Aku memulakan bicara. 

“Apa dia, Kak Ain. Cakaplah,” lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?" 

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" 

Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk. 

"Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak.Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?”

“Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." 

Aku terdiam seketika. 

"Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" 

Dengan amat berat hati,aku tuturkan kalimah itu.
" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya.

“ Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain,”kata Faizah seakan tidak percaya. 

Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. 

Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku. 

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?" 

Dari nada suaranya. Aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas. Aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku. 

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya kulihat berkaca-kaca. 

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain." 

"Kak...maafkan Izah." 

Dengan deraian air mata,Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain. 

"Jadi...Izah setuju?" soalku apabila tangisan kami telah reda.

“Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik,seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `' 

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah." 

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku.

`Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.' 

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun. Aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua. 

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah. 

"Kenapa?" 

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang.Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain." 

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira.Ain anggap ini semua ujian Allah abang.” 

“Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat.Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin." 

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." 

Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu.Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas. 

Pada hari pertama pernikahan mereka. Aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. 

Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku. 

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan. 

“Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat.”

Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan. 

“Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?” Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ?”Aku menduga keikhlasan bicaranya. 

“Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain.Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang,untuk abang.”

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku. 

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya. Aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya. 

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang,semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya. Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. 

Rindu itu. Aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Soal anak-anak. Aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua.

Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah juga cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa.

Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku. Aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih saying yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. 

Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w "Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah). 

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihanitu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun. Aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

credit to this blog.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, March 8, 2013

YB Yazid Burger, terbaikkkkk

www.tips-fb.com

Salam

Durian Crepe, Pavlova, Macaron, Rainbow Cake tu semua aku belum makan lagiiii,, percaya tak ??? Dah berzaman dah makanan tu semua boleh pulak aku tak makan. Bukan tak boleh nak makan tapi tak teruja nak makan, melainkan ia free, kalaulah free memg aku terujaaaaa tahap tapir bertinjula jawabnya.

Tapi ada satu makanan ni aku teriinggggin sangat nak makan sebab tengok dia gebuuu sangat sampai mengoda jiwa raga aku wey, Burger yang gila bapak besar kauuuuu, sumpah tak tipu besar gilaaaaaa wa cakap lu, yang bestnya kan ? kan ? kan ? kawan aku belanja babe ! haaaaaa kan dah cakap benda free ni memg aku excited lebih. 

 

Sebelum order, meh ramai-ramai fokus pada menu ni, jika korang taknak order burger still ada menu lain. burger tu dikira dalam jisim gram dan kilogram * tetiba nak keluar formula matematik haha....  Kami ni dalam 10 orang jadi order 1.5 kg . 1kg + 500gram

Oh ye sebelum terlupa Yb Yazid Burger ni ada blog ye dan FB sape nak follow boleh follow oke :). Kedai dia terletak di Shah Alam, aku nak terangkan lokasi sebenar aku takut bkn sahaja korang tak paham aku takut dengan aku-aku sekali x paham lebih baik korang google je er...
 
Leleh-leleh waaaa ckp lu, 18 ratus kali aku tengok gambar ni terliur habes laaa..Say hiiii kat burger gedabak besar ni dulu lepas tu baru byeeeee.

 

Sila buat perbandingan berapa kali ganda kah tangan Eida dengan burger yang seberat 1KG ini ? Tapi kan aku tengok tangan Eida pun dah macam burger gak gebu, demok, gemuk miahahaha..mampus aku bila ida baca nieeeeee :p

 

Memperkenalkan pemilik tangan yang gebu, demok dan gemuk tadi, Eida dia jugalah yang belanja kami semua burger yang besar gilaaaa ni. Terima kasih ye belanja kami semua sesungguhnya makanan yang free ni selalunya sedap lagi enakkkkk....Mila doakan Eida sentiasa dimurahkan rezeki dan bisnes coklat fountain Eida semakin maju. All the best.

 

Gambar aku haruslah ada oke wajib !Ni bersama Nadia korang tengok burger dgn muka kitaorang sape paling boolat ? erk ? ahahaahha....Tengok gelagat laki masing-masing tak pernah senang tengok kami bergambar tau -.='

 

Nory aku tengok dah macam potong kek hari jadi dah gayanya haha, yang ni 500 gram ye. Apa-apa pun Yb Yazid Burger memg terbaikkkkk ! Eh jap-jap, korang asal gambar mak takde dalam ini cerita  -.='


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Selamat Hari Wanita

www.tips-fb.com





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, March 7, 2013

salah satu wishlist tercapai

www.tips-fb.com

Salam

 Umur pada hari ni adalah 25 tahun 12 hari. Perlu ke mention mila oiii...perlu ! supaya tuan blog ni sedar diri yang dirinya bukanlah dari golongan remaja lagi! Oke foine aku pasrah !!!  

Tiada sambutan pun dibuat masa besday aku sebabnya pada tarikh besday aku tu aku berkampung dirumah anak yatim untuk persiapan besoknya. Encik suami pun bekerja tapi dia dah wish siap-siap kat bininya ni.

Walaupun tak sambut besday aku tapi encik suami buat surprise ! Dia dah beli hadiah untuk aku lebih awal dari tarikh besday aku huhu...

Ekutkan hadiah yang dia bagi tu adalah wishlist untuk 2013 tapi siapa sangka dan siapa jangka encik suami yang merealisasikan wishlist aku tu. TQ abang for this present suka sangat ! Maka dgn ini satu dari wishlist  aku da pun tercapai Alhamdulillah..

Inilah hadiah daripada encik suami.....


Putih menjadi pilihan, memang suka dengan putih sebab aku rasa putih tu suci sangat ! haha.... Dah laki yang hadiahkan confirm-confirm kena letak muka dia sebagai wallpaper biar tiap hari sayaaaaaanngggggg....

talk to my hand : Syukur, Allah sentiasa makbulkan keinginan dan impian aku tapi yang 'satu' tu masih lagi menunggu dan sabar menanti :)


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, March 6, 2013

Awas ! Galaxy Note 2 tiruan !

www.tips-fb.com

 Salam

Ni kawan aku yang beritahu dia tengok kat FB member dia, harap-harap dapat membantu korang yang dah pakai atau nak pakai Samsung Galaksi Note 2 dari ditipu penjual yang tidak bertanggungjawab.


Haaaa...korang cepat cek handfon memasing tiruan ke asli ? Aku dah cek hp aku, fuh ! nasib baik tak tipu kalau tipu waaa bakar itu kedai, eh? alamak tercakap pulak muahahahaha.....entry pasal hadiah besday belum update lagi kot ! berzaman lah korang tunggu ye...mati idea la beb ! x sihat k.baiiiiiiii...

talk to my hand : auto published je ni, sumpah tak sihat dan xlarat nak tidur jerk rasa -.='

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wordless Wednesday- paha paling besar

www.tips-fb.com


Besarkan peha dia ??? sumber SINI

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, March 4, 2013

Adake orang yang nak sewa er ?

www.tips-fb.com

Salam

Rasa macam teringin nak sewakan baju nikah aku tu yang lama dah terperuk dalam almari selama 9 bulan 3 hari tapi ada ke orang nak sewa er ....??? Kain tu aku beli kat Jakel. Kalau korang masih ingat aku pernah buat review tentang baju nikah aku ni kat SINI



Veil labuh sampai pinggang jenis chiffon jugak !


Design baju adalah : Kurung moden
  Jenis kain adalah : chiffon beaded
         Size : L-XL

Kotlah ada yang teringin nak sewa untuk majlis pertunangan atau majlis pernikahan korang bolehlah email kan ke Lovex_lunic8819@yahoo.com. Oh ye hanya sepasang baju dan veil sahaja yang aku sewakan tudung tu aku xsewakan er ^_____^.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, March 1, 2013

Senarai Nama Blogger Dan Sukarelawan Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim

www.tips-fb.com

Salam


Gigih laaa hai aku follow satu-satu blogger yang hadir pada Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim. Oke done follow ye :). Yang mana takde blog tapi ada FB yang masih aku tak add friend, "Tolong ingatkan aku ! ".

Dah tambah tolak darab bahagi, seramai 42 orang peserta yang terdiri dari blogger / sukarelawan yang hadir pada event tuuuuuu, 20 orang adalah terdiri daripada blogger yang lain adalah sukarelawan.

Heiiii korang 150 juta kali aku nak cakap, cakap dan cakap thank you sooooo muchhhh sebab sudi join program amal ni, sebab sudi mandi peluh buat keje amal macam ni, sebab sudi datang dari pagi buta sampai lewat petang untuk memeriahkan lagi event ni. TERIMA KASIH  terharu beb ! sobs...sobs...sobs...:'(

Kat sini aku selitkan senarai nama blogger dan sukarelawan Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim ye .

Link Blogger Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim 
1. Nadia - http://www.nadiafarahida.com/
2. Eida - http://msieda.blogspot.com/
3. Mila - http://milaahmad.blogspot.com/
4. Nory - http://noryzoulkefle.blogspot.com/
5. Ieza - http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/
6. Nuha - http://lovebubbling.blogspot.com/
7. Kak Bella - http://bellaisyqeef.blogspot.com/
8. Along - http://ierasebelas.blogspot.com/
9. Sheila - http://www.sheilashahfiekry.my/
10. Ayu - http://ayuamanshah.blogspot.com/
11. Linda - http://anggunbabycloset.blogspot.com/
12. Kak Zana - http://adieyza.blogspot.com/
13. Kak Zue - http://akubukanblog.blogspot.com/
14. Kak Yana - http://leeyanaradhi.blogspot.com/
15. Kak Mimi - http://www.mimiepinkummi.my
16. Boni - http://www.bonikacak.com/
17. Kamarul - http://www.soutulmujahid.com/
18. Ummi - http://nukilanummiabi.blogspot.com/
19. Nugrul - http://www.nugrulsakura.my/
20. Liza - http://syahidahbillah.blogspot.com/
 

  Sukarelawan Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim 
1. Syafiq
2. Andi
3. Mcdee
4. Zul
5. Nasrul
6. Hadi
7. Dayat
8. Karlida
9. Hadi Kahar
10. Faidzal
11. Nini
12. Wan
13. Kak ngah
14. Khairul
15. Poksu
16. Moksu
17. Kak Lim
18. Joey
19. Salim
20. Kak Dahlia
21. Kak Nora
22. Kak Alia 

Pada korang yang masih belum follow tu silalah rajin-rajin tangan tu tekan butang follow ye ^____^




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...