Salam
Setelah sekian lama tergendala cerita pasal percutian melaka hari tu, ni aku sambung balik ye. Last entry hari tu adalah entry ini. Balik dari pantai tanjung kling tu kami terus ke Menara Taming Sari, aku kan jakun nak naik benda berpusing kat Menara tu., dah alang-alang sampai Melaka mesti nak rasa nanti idak ler jakun sangat ye dak ???
Harga yang dikenakan bagi seorang individu yang nak naik benda ni adalah RM10 bagi warganegara yang mempunyai ic biru, ic merah, kelabu atau hijau aku tak tahu ye harganya huhuhu....
Sebelum naik ada sesi bergambar tau, mane tau nanti lepas naik korang teringin nak ada gambar kenangan so boleh beli di kaunter pembayaran selepas selesai menaiki Taming Sari nie, tapi diingatkan harga pada setiap size gambar berbeza dan bagi aku harganya sangat mahal kot ! Ingt 2x lupa dah aku harganya RM25-RM30 sekeping rasanya kot -.=' *sorry tak igt beb !
Kami dibawa melihat keindahan bandar Melaka di atas tu selama 7 minit, berpusing-pusinglah kami di atas tu. Ko nak tau satu rahsia selama 7 minit aku berada kat atas tu aku rasa dah macam 7 jam, seyes giler ah ! rupa-rupanya aku fobia pada ketinggian beb, pegang peha laki aku kuat-kuat sebab aku rasa macam nak terhempas benda tu xmampu nak bergerak dan berdiri takut dan cuak weyyy~~~
Tapi memang bestlah dapat lihat bandar Melaka dari atas, memang cantik view dari atas.
Next kami ke Muzium Samudera pulak ! tunggu yaaaa...
entri sebelumnya : -
8 comments:
last sekali pergi melaka 8-9 tahun lepas kot
masa tu menara taming sari takde lg -_-
kalau naik malam best,nampak pemandangan dan lampu here and there :D
seronoknya gi melaka :-)
assalam datang follow sini..sygnya sy ni gayat,..mmg xde harapan nak naik ..huhu
aku naik menara ni time mlm... syok plak tgk lampu2 dari atas.
hari sabtu lepas baru pi melaka best sangat...naik menara tu paling best..
mila dah pandai edit pic da... hehhehehe
haa, yaya baruuu nak cakap macam ida cakap. mila dah pandaii edit gambar. yeayyyyyy
Post a Comment