Terima Kasih Sudi Like

Monday, October 22, 2012

Review Malam Berinai

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Malam berinai ni diadakan pada hari yang sama aku bernikah, aku nikah petang jumaat lepas asar, malam berinai ni  belah malam lebih kurang pukul 9 malam. tapi aku bersiap agak lambat, pukul 10 camtu. jenuhlah budak kompang main kompang lebih kurang sejam jugaklah nunggu kami bersiap. Cian diaorang tapi takpe dapat pekena sup ekor kan haha...cantiklah tu...

sungguh-sungguh bebudak ni main kompang kan ? sedap oke !
Kalau nak ekutkan dalam list aku ni memg takde langsung acara malam berinai ni sebabnya aku rasa dah cukup penat 3 hari tu, jumaat nikah, sabtu sanding dan ahad sambut menantu 
( belah lelaki ) tapi ni request dari maklong aku yang tersayang nak kan anak saudaranya pakai sepersalinan baju untuk malam berinai. Majlis ni pun khas untuk saudara-mara terdekat jek. So kata anak yang solehah kan ? so turutkan jela.  Lagi seminggu  nak bersanding aku baru mesej kat akak butik tu nak kan satu lagi baju persalinan untuk malam berinai. Aku decide nak 'white theme' sebabnya mungkin matching dengan warna pelamin sanding aku kot ! takde masalah sebab akak tu kata baju putih banyak dan boleh datang butik untuk fitting. Fuh lega !



Bila pakai persalinan putih ni aku kelihatan sangat gemuk ! k fine pasrah dalam tangisan -.='



tepung tawar dari mak saya 
Tepung tawar dari abah pulak !

Nama je malam berinai tapi aku dah berinai khamis malam hari tu sebelum majlis akad nikah esoknya. Malam berinai ni lebih kepada acara menepung tawar sebenarnya. Ada yang tak tahu ? Ala yang renjis-renjis kat pengantin tu. Tak paham ? google sendirilah ye hehe...

Ingat senang nak pose macam ni, 2 orang adik aku tolong angkat kaki aku yang berat tu tau ! haha...

I'm the super women huhu...



Malam tu kalau tak silap aku ada karaoke kot sampai kul 12 jek. Eeee..memg aku xboleh nak pikir ape dah. Duk sibuk sana-sini sampai lupa apa yang berlaku rasa-rasanya ada, tapi gambar takde eih tak teringat langsung nak suh adik aku tangkap gambar orang karaoke tu. 

Lepas abes malam berinai tu Encik Suami kena pulang ke rumah keluarga beliau seorang diri sebab xboleh tidur lagi dengan saya heee...kena kuarantin dulu walaupun dah jadi yang halal beberapa jam yang lalu, sebab esok ada majlis persandingan pulak, memg cam tu kot adatnya. Entah aku pun xtau sangat. Nasib baik rumah keluarga beliau dekat :)

Satu hari dah berlalu dengan lancarnya, Alhamdulillah.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 comments:

Zie Madini said... Click To Reply!

alololo...eh takde la kelihatan gemuk mana pun in white. ok tu taw. lawa dan bajunya cantik! tetiba teringat plak dgn mlm berinai zie...hehehe

Noor Maizan said... Click To Reply!

ahaa sempoi2 je akak posing..bestnyaaaaa kawin.hihik

Suburbanzero said... Click To Reply!

congratzz!!

ieza ashaari said... Click To Reply!

sweet putih ni.. nasib satu.. den yg 3 psg ni pun dah xterdaya.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...