Terima Kasih Sudi Like

Friday, October 19, 2012

Review Mini Pelamin

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kalau nak diikutkan mini pelamin ni sebenarnya bukanlah aku perlu sangat sebab under badget, kiranya lepas semua setel ada balance baru aku buat mini pelamin, ni konon2 lah kan tapi tau jela aku selagi xdapat apa aku nak, aku mesti bagi cukup.Kebetulan, last2 minute aku telah di 'sponsor' oleh my big bos a.k.a pakcik aku a.k.a majikan ( terima kasih bos ! ). rezeki tuhan nak bagi kan, apa yang aku nak masa wedding tu terlaksana jua.Cuma keinginan nak videographer je xtercapai.

Kata persiapan dah last minit kan so takdelah aku nak tempah mini pelamin kat butik yang sama aku ambil pakej pelamin tu. Tapi aku memg nak sangat mini pelamin tu yang pertama sebab dah ada badget dan yang kedua last minit pulak pelamin aku tak muat nak buat kat dalam rumah, Ketinggian pelamin lebih tinggi dari ketinggian tiang rumah.Maklumlah buat kat rumah datuk aku, so paham2 jelah rumah kampung macam mane kan ?

Dan yang ketiga nak sangat mini pelamin tu sebab aku  bernikah di rumah bukan di masjid jadi  pelamin yang besar gedabak tu pasang kat khemah maknanya nanti ruang dalam rumah tu jadi kosong. That y bila ada mini pelamin tu macam jadi penyerilah masa majlis akad nikah nanti. (nampak ? ada je alasan aku nak jugak mini pelamin tu ekekekek....)



Baru aku teringat sepupu aku ada buat andaman dan pakej pelamin ni, so aku tanya dia rate untuk mini pelamin discuss punya discuss aku deal la dengan sepupu aku tu. So confirm mini pelamin aku hire sepupu aku. Mini pelamin tu kalau boleh aku nak ringkas dan simple jerk sebab nikah sekejap jerk jumaat petang lepas asar kemudian sebelah malamnya ada malam berinai pulak dah tentu aku akan duduk kat pelamin besar tu.



Paper wheel tu aku buat sendiri ye, DIY sendiri gigihla aku nyiapkan benda alah tu. aku requestkan kat sepupu aku nak letak pada pelamin. Ala stapler je pada kain kat mini pelamin tu dah setel. Mungkin ada diantara korang nak tahu bagaimana nak buat paper wheel boleh tengok kat you tube ye ? banyak toturial yang ditunjukkan.


Paper latern tu lak aku beli on9 kat De' home project, sekarang memg trend kan orang guna paper latern tu letak kat pelamin.Masa aku order tu aku ingat bila xde mini pelamin aku nak letak la kat dalam bilik pengantin tapi bila aku confirm nak pakai mini pelamin so aku decide biar paper latern ni kat mini pelamin cun sikit.

talk to my hand : tengah hari macam ni sedap kalau pekena ice-cream BR



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 comments:

Cik Puan Tqah said... Click To Reply!

cantik2..hihi.. sy xde mini pelamin..nikah masjid..pelamin nikah + pelamin reception sekali

RIZZNA said... Click To Reply!

Cömèlnyé...

kindergartenlibrary said... Click To Reply!

comelnya !!!!

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

zaman akak tak de pelamin2 nikah huhu, kesian jer...duk atas bantal besar tu je dik ;p

ieza ashaari said... Click To Reply!

mampu kau diy ye... za nan hado.. sume org wat.. dasar pemalas.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...