Terima Kasih Sudi Like

Sunday, October 21, 2012

Review Pelamin Sanding

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

spoil pulak kain tutup bunga telur tu -.='

Ya inilah dia pelamin sanding yang kontroversi tu, disebabkan mempunyai size yang agak besar ia terpaksa diletakkan di bawah khemah dan bukan di dalam rumah, dan disebabkan itu jugak dapatlah aku merealisasikan impian aku yang nak mini pelamin ^_______^

Yang impian tu dah terlaksana tapi disebabkan impian tu jugak aku terpaksa keluar $$$$ untuk pelamin yang besar gedabak ni bila last minute ia terpaksa dipasang bawah khemah, Korang tau jalan kat rumah atuk aku tu xrata sebenarnya berbatu-batu dan bertanah merah, pastu kedudukan khemah pelamin ni pun sebenarnya adalah senget. 

Banyak pula tunggul-tunggul kayu kat sekitar khemah pelamin tu, xsilap aku tepi khemah ni ada pokok pelam yang xberbuah dah setelah arwah atuk dan nenek meninggal. Ukur punya ukur memg xmuat pelamin tu nak dirikan dekat situ sebabnya pokok tu dok tercongok kat situ.

Sumpah aku serabut time tu. yela mana taknya bila paksu aku bagitahu kalau nak bagi sama rata tanah tu kena ditambak biar sama tinggi. That mean aku kenalah keluar duit tu beli batu dan tanah. Bukan sikit oke RM400 cost tanah dan batu untuk bagi sama rata kedudukan tanah tu. Berpeluh ketiak cheq keluar duit *oke tu aku tipu * Masa tu dah hari khamis aku nikah jumaat petang nasiblah sempat buat semua tu dalam masa 1 hari cuak jugak kalau nak diikutkan. Terima kaksih jugaklah kat paksu aku sebab susah payah tolong potong dahan pokok pelam, dan buang tunggul-tunggul kayu yang ada tu. 

Jangan ingat masalah selesai disitu je tau. Masalah khemah la pulak. Before ni kan xdecide nak buat bawah khemah jadi bila kata dah xmuat pelamin kat dalam rumah buat pulak kat bawah khemah maknannya khemah makan akan kurang satu untuk dijadikan khemah pelamin. Abah aku pinjam kat dewan org kampung cuma 5 khemah itupun 3 untuk tetamu 1 untuk makan beradap 1 lagi khemah untuk orang memasak. 

Itupun aku dah pening dah oke. sebab kalau 5 khemah confirm xkan cukup sebab jemputan mungkin dalam 1500 orang. Ni dah nak pakai 1 khemah untuk pelamin pulak ! confirm-confirm tak cukup punya lah ! Aku try mintak abah tanyakan AJK kampung kot-kot ada extra khemah, Alhamdulillah, nasib menyebelahi aku ada extra 1 khemah untuk aku Syukur ! :)



Nampak betapa kontroversinya pelamin ni tau -.='

Kalau ekut design asal bukan macam ni pelamin yang aku nak, pelamin aku tu 1 panel jerk simple sangat cuma aku request nak kerusi macam kat pelamin tulah. Tapi masa aku pergi ke butik untuk ukur baju entah macamane akak butik tu rekemen kat aku panel 'bentuk telur' tu. Ko tau jelah aku rambang mata tengok macam cantik jek.Cuma tambah rm300 je untuk panel tu, masa tu Encik Tunang ( suami ) dah tak cakap pape that mean setuju la kan ? mak aku pun macam xboleh ckp jugak sebabnya dia memg tau anaknya degil kalau kata hitam, hitamlah kata aku lagipun duit aku hihi..so on jela :).

Total untuk pakej perkahwinan ni sebenarnya xsampai pun RM2K kalau xsilap hanya RM1850 kot  tapi disebabkan aku ni cerewet sangat cecah RM 2+++  jugak lah. Apa yang ada dalam pakej ni ialah

1 pelamin sanding
2x make up
bantal nikah dan kipas
aksesori majlis sanding dan malam berinai
baju persandingan ( baru )
baju persalinan ( malam berinai )
arch flower
hiasan bilik tidur
hiasan meja makan beradap

Kat mane aku ambil pakej perkahwinan ni ??? bagi yang duk area JOHOR korang boleh hire Butik Pengantin Anjung Mustika

talk to my hand : Dengar suara dia sedap kan ????




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

8 comments:

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

dik seriouslyyy..itu murah utk zaman skrg ni!

zaman akak kawin pun, biasa2 jer tapi kenapa tak jumpa pakej yg murah begini? huhuhu sedih..

Mila Ahmad said... Click To Reply!

@PinKy MoMMa murah kan ? sebab tu tak teragak2 nak hire butik ni.

Kekzamanis said... Click To Reply!

Tema oren ea ? Nice gak.. jarang org buat tema kaler ni.. =)

MizzTina said... Click To Reply!

dik, kt mana ni?? nk survey la.. :)

Mila Ahmad said... Click To Reply!

@MizzTina ni kat parit yani kak.

Zie Madini said... Click To Reply!

wow! cantik giler pelamin. thumbs up!

Mun said... Click To Reply!

cantiknya pelamin :)

ieza ashaari said... Click To Reply!

untung2 dpt pelamin bwh khemah.. za kt porch kete je.. hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...