Terima Kasih Sudi Like

Monday, November 5, 2012

review signage

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kalau rumah aku mungkin takkan sesat sebab rumah aku rumah taman, banyak signage boleh tengok jalan apa jalan apa, abes kalau rumah kampung macam rumah datuk aku macam mane pulak kan ? mane ada nama jalan kalau dah kiri kana semua pokok sawit je banyak.

So aku suggest nak buat signage supaya tetamu, kawan-kawan dan sahabat handai yang mana dari Kuala Lumpur, Perak dan lain-lain tu, xsesat bila cari kampung aku. That's y wujudnya signage ni.


Cumel tak ? ekekekek...tu aku dengan suami aku haha...signage ekut tema tau peach gitu..kau hadooo??? Ekutkan boleh jerk buat sendiri xperlu nak tempah kat orang buat signage ni, tapi ko tau jelah jari aku ni keras kejung xberseni...saja je nak buang duit yang 'ramai' tu sebab tulah gatal tempah kat orang. Nak tau aku tempah dengan sape ? Aku tempah kat De home project bukan satu malah 4 keping signage size A3 siap laminate ye.

Selain tu, ni pun aku tempah kat situ jugak. satu keping size A4 yang ni aku tampal kat pintu bilik.


Tapi sayangnya takde gambar dari OP mana aku letakkan signage tu, aku pun tak tengok mana abg aku pacakkan signage ni cuma aku bagitahu letak dekat simpang utama menuju jalan ke rumah atuk. 

Rumah atuk aku ni ada 2 jalan yang boleh dilalui untuk sampai ke rumah pengantin. Kalau dari Parit Sulung mungkin tetamu akan melalui jalan satu bila ternampak signage aku tu, manakala dari Yong Peng pulak akan melalui jalan dua.


Mungkin abang aku letakkan signage tu dikawasan yang aku tandakan kotak merah tu.

talk to my hand : eh korang aku rasa Kereta Almera ni smart jugak ! Pendapat korang macamane ?


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 comments:

nadia said... Click To Reply!

comeyyy gile babe. kenapa time aku dulu xde macam ni ehhh. ;p

Mila Ahmad said... Click To Reply!

@nadia ada tapi mungkin masa tu belum menular lagi hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...