Assalamualaikum
28-10-2012 adalah tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila dimana aku kehilangan si kecil, sepupuku yang paling aku sayang. Adik Mohd Alif Daniel bin Sazali.
Arwah telah meninggalkan ibu bapanya ketika berusia 2 tahun lebih akibat tertimpa jentolak kelapa sawit ketika bapanya membawa beliau menaiki jentera tersebut. Kak ngah rindu sangat kat niel tau. Rasa macam baru je jumpa niel, masih tak percaya niel dah takde :'(
Masih terasa kehilangan arwah, last aku jumpa arwah masa hari raya haji ari tu, bagi duit raya main-main dengan arwah, xsangka hari tu hari terakhir aku melihat arwah, Agak terkejut dengan pemergiaannya, tapi Allah lebih sayangkan Arwah. Semoga pakcik dan makcik aku kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa anak tunggal mereka. Al-fatihah buat arwah .
Banyak gambar-gambar arwah dalam blog aku ni, dari dia kecik sampailah dah 2 tahun lebih setiap kali aku balik kampung aku mesti datang rumah atuk untuk tengok arwah ni. Kami adik-beradik memg agak rapat. Antara sepupu yang paling aku sayang adalah dia. Tapi aku kena redha apetah lagi ibu bapanya dah terlulis sejak azali, dah ditetapkan qadak dan qadar arwah hidup hanya 2 tahun lebih sahaja. Biarlah dia tenang disana, seperti dijanjikan syurga untuknya.
Antara entry yang ada gambar arwah sini , sini , sini . Sumpah aku rindu arwah, setiap kali kalau rindu aku akan tengok ulang2 video tu . AL-FATIHAH..:'((
7 comments:
sebaknye baca..takpe dia tunggu ibu ngan ayah dia kat syurga :')
sebak tak terkira...sabar k...
AL-FATIHAH buat arwah...
Sedihnya kak.! :(
kecik lagi tapi dah pergi menghadap Illahi..
dia jatuh ke masa ayah dia bawak dia ? kesian.
al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..
takziah yayang.
mila, bila arwah meninggal? sebab kalau tak silap, suami yaya ada cerita dia terbaca dekat surat kabar ke mana ntah. kot2 kejadian yang sama. yaya tumpang bersimpati mila. *sebak pulak yaya rasa. T__T
Post a Comment