Terima Kasih Sudi Like

Thursday, November 1, 2012

review kad kahwin

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Bunting dan kad kawin ni aku tempah sekali satu tempat jerk, senang dan mudah ! macam biasa malas nak semak kan kepala aku ni. Mungkin ada yang nak tengok bunting aku boleh klik sini. Aku tempah kad kawin dan bunting ni lagi 3 bulan aku nak kawin. Apa yang buat aku sangat puas hati dengan perkhidmatan LH Creative Concept ni, perkhidmatan diaowang sangat cepat dan mudah berinteraksi dengan para pelanggan. Dalam masa kurang sebulan kad aku dapat disiapkan.

Kad kawin ni pun aku tempah xbanyak dalam 600 keping jerk, 200 untuk kawan terdekat 400 lagi untuk saudara-mara dan sahabat rapat mak dan abah, yang lain aku invite dekat FB jerk skank  zaman kan dah canggih dan moden janji celik IT semua boleh huhu.. Aku order 600 keping tapi diaowang bagi extra 50 keping lagi. Bagus kan ?
draf kad kawin yang baru di design
Pelan rumah pengantin hehe :)

Seingat aku harga untuk 600 keping kad kawin tu diaowang cas RM0.70 sekeping. sangat berpatutan dengan kualiti design kad yang aku pilih. Mungkin lebih banyak korang tempah harga lagi murah tau ! Tapi aku ingatkan koranglah before nak buat tempahan kad kawin baik korang sediakan dulu pelan rumah atau lakaran rumah pengantin, ini bertujuan memudahkan proses tempahan kad tu.

Bila datang ke kedai tu, aku pasti korang akan rambang mata tengok pelbagai design yang ada siap jela duit ye :) Dah confirm nak design yang mana nak korang kena isi satu form dimana korang dikehendaki mengisi  maklumat- maklumat hari bersejarah korang. Masa tu jugak pelan rumah korang kena bagi. Mudah bukan ? kemudian buat advance payment, yang ni aku lupa kena bayar berapa % dari jumlah harga sebenar maaf ya huhuhu...

Kemudian korang akan berhubung melalui email sahaja. Kalau beri kerjasama dengan kadar cepat, cepatlah korang dapat kad korang tu.

Peach lembut oke tak design nye ? Berbaloi dengan harganya :)
Corak yg terdapat pada kad ni timbul tau sebab tu aku suka design ni nampak exklusif  gitu heee~~~Sampul surat pun korang boleh request ye sama ada nak bercetak atau tak, aku pilih yang bercetak sebab design sampul yang bercetak macam cantik jerk. Kalau ada Bride to Be yang berkenan dengan design-design kad macam aku ni bolehla berkunjung ke LH Creative Concept.

talk to my hand : eh, eh Hanis Zalikha pun join racers ni ???




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 comments:

Unknown said... Click To Reply!

wahhh...nice...simple ja...=)

Cik Puan Tqah said... Click To Reply!

cantik..tqah punye lagi murahh

Mila Ahmad said... Click To Reply!

@Cik Puan Tqah nanti buat review kad kawin pulak tau .

Mun said... Click To Reply!

cantik :) nampak exclusive...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...